Memajukan dan membangunkan sukan berprestasi tinggi selaras dengan Dasar Sukan Negara.
VISI
Meneruskan kesinambungan pembangunan bersepadu sukan negara daripada peringkat akar umbi hinggalah ke tahap cemerlang berasaskan elemen-elemen :
KEPIMPINAN KERAJAAN
KESUKARELAWAN PERSATUAN SUKAN
TANGGUNGJAWAB SOSIAL SEKTOR SWASTA
MINAT DAN PENGHAYATAN
MASYARAKAT DAN KOMITMEN ATLET
OBJEKTIF
Objektif atau tujuan Majlis Sukan Negeri ditubuhkan adalah berdasarkan Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan Jadual Kedua) 1988 adalah seperti berikut:-
1. Untuk memajukan sukan dalam negeri dengan usaha dan mempertingkatkan prestasi atlet-atlet dari peringkat akar umbi bagi menyertai pertandingan-pertandingan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
2. Mengadakan kemudahan infrastruktur dan prasarana yang mencukupi bagi kemajuan sukan di peringkat daerah dan negeri.
3. Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pemimpin sukan tempatan.
4. Membantu memperbaiki dan memperkemaskan persatuan dan pertubuhan sukan peringkat daerah dan negeri serta merancang bersamanya pelaksanaan program pembangunan sukan di peringkat negeri dan daerah.
5. Merancang dan menguruskan kemudahan sukan yang diletakkan dibawah tanggungan dan tanggungjawab Majlis.
6. Menyelaras penyertaan dan persiapan kontinjen negeri dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA).
Sukan Negeri Sembilan (SUKNES) merupakan kejohanan sukan dwi tahunan yang mula diperkenalkan pada tahun 2006. Kejohanan ini merupakan satu langkah bijak kerajaan negeri dalam usaha berterusan untuk melahirkan jaguh- jaguh sukan generasi muda yang fleksibel untuk digilap dan diketengahkan ke arena nasional dan antarabangsa.
Tahun 2009 menampilkan kembali SUKNES dengan misi sebagai medan persediaan terbaik kontinjen negeri ke sukan Malaysia (SUKMA) pada 2010.
SUKNES pada tahun ini dijalankan secara berperingkat yag melibatkan tiga fasa. Fasa pertama yang berorientasikan sukan tempur seperti Pencak Silat, Karate- do, Taekwondo, Tinju, Silambam, dan Wushu telah membuka gelanggang pada 26 sehingga 28 februari 2009.
Fasa kedua kejohanan pula merupakan liga daerah- daerah yang melibatkan sukan Bola Sepak, Bola Jaring, dab Sepak Takraw yang bermula pada bulan Mac hingga April.
Manakala fasa ketiga kejohanan merupakan Karnival Sukan Negeri Sembilan yang telah dijalankan pada bulan Mei hingga Jun 2009. Fasa terakhir ini bakal melibatkan liga- liga sukan antara daerah yang melibatkan sukan Bola Sepak, Bola Jaring, dan Sepak Takraw. Fasa ini turut bakal mempertandingkan sukan Tenpin Bowling, Badminton, Pentaque, Skuasy, Ping Pong, Hoki, dan Bola Keranjang yang dipertandingkan melalui kategori lelaki dan perempuan.
Skuad Bola Jaring Sukma XIII telah menjalankan persiapan awal bagi mengharungi cabaran di kejohanan SUKMA XIII 2010 di Melaka June ini.
Antara persiapan yang telah di jalankan adalah seperti menjalani latihan pusat selama 20 hari pada Disember 2009. Selain itu latihan pada setiap hujung minggu turut diadakan bagi memantapkan lagi pasukan. Bagi memupuk semangat berpasukan dikalangan skuad ini mereka juga disediakan penginapan semasa latihan di asrama Kompleks Sukan Paroi. Menurut pengurus pasukan Pn. Surimah Yahya skuad ini telah dibentuk sejak setahun tahun yang lepas dan rata- rata mereka terdiri daripada pelajar sekolah sukan negeri di sini. Selain itu terdapat juga seorang bekas pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar yang kini sedang menuntut di Kolej Shahputra iaitu Nurul Aziera bt Mohd Ramli dalam jurusan pengajian sukan.
Antara persiapan yang dijalankan bagi menghadapi kejohanan sukma pada kali ini adalah beberapa siri kejohanan bola jaring tempatan seperti SUTERA di Terengganu dan Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan di Stadim Bukit Kiara. Selain itu turut dirancang untuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan negeri- negeri yag berdekatan.
Pada edisi Sukma yang lepas di Terengganu, skuad ini hanya berjaya sampai keperingkat suku akhir apabila kecundang di tangan Kelantan. Namun bagi jurulatih skuad ini Pn Rohaiza dengan latihan dan disiplin yang jitu skuad ini bakal bersaing dan memberi cabaran dengan pasukan- pasukan hebat seperti Johor dan Wilayah Persekutuan.