Selasa, 5 Januari 2010

Majlis Sukan Negeri Sembilan


MISI

Memajukan dan membangunkan sukan berprestasi tinggi selaras dengan Dasar Sukan Negara.

VISI

Meneruskan kesinambungan pembangunan bersepadu sukan negara daripada peringkat akar umbi hinggalah ke tahap cemerlang berasaskan elemen-elemen :

KEPIMPINAN KERAJAAN

KESUKARELAWAN PERSATUAN SUKAN

TANGGUNGJAWAB SOSIAL SEKTOR SWASTA

MINAT DAN PENGHAYATAN

MASYARAKAT DAN KOMITMEN ATLET

OBJEKTIF

Objektif atau tujuan Majlis Sukan Negeri ditubuhkan adalah berdasarkan Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan Jadual Kedua) 1988 adalah seperti berikut:-

1. Untuk memajukan sukan dalam negeri dengan usaha dan mempertingkatkan prestasi atlet-atlet dari peringkat akar umbi bagi menyertai pertandingan-pertandingan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

2. Mengadakan kemudahan infrastruktur dan prasarana yang mencukupi bagi kemajuan sukan di peringkat daerah dan negeri.

3. Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pemimpin sukan tempatan.

4. Membantu memperbaiki dan memperkemaskan persatuan dan pertubuhan sukan peringkat daerah dan negeri serta merancang bersamanya pelaksanaan program pembangunan sukan di peringkat negeri dan daerah.

5. Merancang dan menguruskan kemudahan sukan yang diletakkan dibawah tanggungan dan tanggungjawab Majlis.

6. Menyelaras penyertaan dan persiapan kontinjen negeri dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

4 ulasan:

  1. Salam sejahtera,

    Saya ingin bertanyakan tentang pertandingan badminton amatur bagi perempuan yang diadakan di N9 pada tahun 2011.Kalau boleh tolong sertakan website @link berkaitan pertandingan badminton di negeri ini..

    Terima kasih..

    BalasPadam
  2. Salam, adakan majlis sukan negeri sembilan ada menaja mana-mana projek yang dianjurkan kelab memanah? Sekiranya ada, siapakah orang yang patut saya hubungi untuk memohon tajaan?

    BalasPadam
  3. BOLEH TAK SAYA NAK DAPATKAN CONTACT YANG BUAT BLOG NI.

    BalasPadam
  4. saya adalah bekas pelari, umur saya sekarang adalah 45 tahun. Boleh saya sertai bahagian veteran negeri sembilan.

    BalasPadam