Sabtu, 2 Januari 2010

persiapan SUKMA XIII

Atlet Bola Jaring


Skuad Bola Jaring Sukma XIII telah menjalankan persiapan awal bagi mengharungi cabaran di kejohanan SUKMA XIII 2010 di Melaka June ini.

Antara persiapan yang telah di jalankan adalah seperti menjalani latihan pusat selama 20 hari pada Disember 2009. Selain itu latihan pada setiap hujung minggu turut diadakan bagi memantapkan lagi pasukan. Bagi memupuk semangat berpasukan dikalangan skuad ini mereka juga disediakan penginapan semasa latihan di asrama Kompleks Sukan Paroi.

Menurut pengurus pasukan Pn. Surimah Yahya skuad ini telah dibentuk sejak setahun tahun yang lepas dan rata- rata mereka terdiri daripada pelajar sekolah sukan negeri di sini. Selain itu terdapat juga seorang bekas pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar yang kini sedang menuntut di Kolej Shahputra iaitu Nurul Aziera bt Mohd Ramli dalam jurusan pengajian sukan.

Antara persiapan yang dijalankan bagi menghadapi kejohanan sukma pada kali ini adalah beberapa siri kejohanan bola jaring tempatan seperti SUTERA di Terengganu dan Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan di Stadim Bukit Kiara. Selain itu turut dirancang untuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan negeri- negeri yag berdekatan.

Pada edisi Sukma yang lepas di Terengganu, skuad ini hanya berjaya sampai keperingkat suku akhir apabila kecundang di tangan Kelantan. Namun bagi jurulatih skuad ini Pn Rohaiza dengan latihan dan disiplin yang jitu skuad ini bakal bersaing dan memberi cabaran dengan pasukan- pasukan hebat seperti Johor dan Wilayah Persekutuan.










6 ulasan:

  1. negeri sembilan..boleh!!!

    BalasPadam
  2. bola tak saya nak tahu bagaimana latihan pusat bagi bola jaring ini dijalankan ( kalau untuk tempoh 3 bulan ). saya amat berharap agar pihak puan dapat menjawab soalan saya ini.maklumat tersebut boleh dihantar ke email saya iaitu hasrimatjusoh@yahoo.com. sekian terima kasih.

    BalasPadam
  3. boley saye tau x kalu boley mengikut traning bola jaring untuk waktu terluang. n emailkan kew abab_amieya@yahoo.com or call 0126892623

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...saya Putera Hafizuddin..student UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban 3..nak tanya...jika saya mahu buat perlawanan persahabatan ping pong dengan atlit negeri sebagai persiapan sebelum ke sukan antara uitm...apakah prosedur yang perlu saya lakukan..boleh hubungi saya di 010-5390499

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...saya Putera Hafizuddin..student UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban 3..nak tanya...jika saya mahu buat perlawanan persahabatan ping pong dengan atlit negeri sebagai persiapan sebelum ke sukan antara uitm...apakah prosedur yang perlu saya lakukan..boleh hubungi saya di 010-5390499

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...saya Putera Hafizuddin..student UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban 3..nak tanya...jika saya mahu buat perlawanan persahabatan ping pong dengan atlit negeri sebagai persiapan sebelum ke sukan antara uitm...apakah prosedur yang perlu saya lakukan..boleh hubungi saya di 010-5390499

    BalasPadam